31 Januari 2014, Jumaat..
Nasiblah bajet pergi satu malam je. Pukul 4 pagi dah terbangun kepala memang pusing sangat. Rasa lidah kering dan mata panas. Mandi pukul 4 pagi tu dan tidur balik. Bangun esoknya memang panas lagi dalam badan. Kepala berdenyut2. Memang diri ni kurang daya tahan sejuk panas sejuk panas. Kalau tak, idaklah pergi Cameron Highlands pun balik Ayer Tawar demam.. huhu
Breakfast pagi tu memang Yaya dan Yan yang kena beli.. makcik dah rasa pusing2. Kirim juga panadol. Siap2 semua dalam 11.50 pagi kami akan bertolak ke Jeti Kuah. Uncle Anbalagan tu datang ambik. Kena caj RM14 kira call caj sekali. Kalau yang nak datang Langkawi nak motel murah2 boleh try Joy Motel atau kat dalam Kuah lagi ada D'sa Motel.
Memang plan ke pantai2 punah sama sekali. Yaya dah muncung. Sampai jeti, kami pun jalan kaki ke Dataran Lang. Dekat je dengan jeti, tak sampai 5 minit berjalan kaki. Yaya pun teruja semula, walaupun baru last year dia pergi Langkawi bergambor dengan Lang Besaq tu.
Kat situ ada juga la jual cenderamata macam keychain, kipas, pensel dan segalanya. Tapi mahal lah sikit. Masa kitaorang pergi tu ada rombongan besar dari Taiwan. Sambut CNY kat sini kot.
Cuaca? Panasnya macam biasa Ya Allah panasnya. Memang yang putih jadi merah dan yang hitam bertambah gelap :P.. lepas tu terus ke departure hall. Ada lalu kastam, tapi kastam tak peduli pun. Kalau tak seludup juga batik ke rokok hoho :P.. mungkin muka kitaorang suci murni tak de ciri2 smuggler hehe..
Feri kami bertolak pukul 1.45 petang. Nama feri Bahagia 98. Tapi dalamnya tak bahagia. Seat keras. Tayang cerita The Avenger dengan subtitle ' Saya Bayi' ( My baby) :P... haha komplen je kan. Alhamdulillah selamat sampai dalam 2.40 petang. Tetanjat tengok Jeti Kuala Perlis penuh dan sesak sampai ada yang duduk atas lantai makan nasi. Nasib baik kitaorang pergi sehari sebelum CNY.
Itu je destinasi bajet kitaorang sebab niat nak bawa Piya naik ' feris'. Bila la derank nak temankan I ke Zoo Songkhla atau USS, Singapore pulak ni? Hehek...
|
Ni view dalam Joy Motel.. memang bersih.. motip pakai kasut sebab dah nak check out :P |
|
Piya dan peace nya |
|
Ni panaih merelit nih time nih |
|
Sebelum ke Dataran Lang.. Piya wat manja dengan mamatok |
|
Lang yang tak reti terbang.. masa ni ada rombongan daripada Taiwan ke China.. memang penuh bahagian depan.. |
|
Senyum walaupun panaih |
|
Nih dalam Jetty Point.. tengah cari kedai ceklet.. cousin suh beli Baim Wong last minute huhu |
|
Piya sempat main kat Departure Hall sebelum bertolak |
|
Tu la feri Bahagia 98.. nak balik Perlis da.. tatatatata |
No comments:
Post a Comment