Dua hari yang lepas Kak Chah bagaikan Cinderella menyental lantai setiap kali anak kucing makcik sebelah membuang hajat. Masalahnya bukan di pasir. Tapi di dalam longkang dan di depan pintu hokey? Sehari 3 kali juga menyental lantai. Pewangi lantai tu habis kat situ sajalah tapi still kucing-kucing tu buat tandas. Lepas tu makcik sebelah macam tak bersalah tengah Kak Chah muka macam 'Hulk' mengemop, dia sembang-sembang dengan la la la la tanya buat apa? Nasib baik Kak Chah tak menjawab ' Tengah ambil alih kerja Indah Water mak cik :p'
Kak Chah pun cari kat Google.. antara petua untuk mengelakkan kucing me'nyepret' tabur serbuk ikan la, serbuk kari la, minyak tanah la. Nak letak minyak tanah kang mahu terbakar rumah kalau nak jadi cerita. Berlumba-lumba pula bomba datang menyelamatkan laman umah Kak Chah. Malam semalam macam Kajol sambut Deepavali, Kak Chah pun riang-ria tabur serbuk kunyit depan pintu dan dalam longkang. Sambil menyanyi-nyanyi lagu ' Tujhe Dekha To Ye Jana Sanaam' tanpa Shah Rukh Khan atau lompat-lompat bintang.
Goreng pun sodap! |
Malam tidur..pagi bangun kerja.. balik sekolah tadi.. Alhamdulillah! Memang tak me'nyepret'. Berani dia me'nyepret' nanti 'montot' kuning. Tadi tengok la budak kucing tu selamba je me'nyepret' longkang tuan dia sendiri dan terus blah. Sian dia, tak diajar untuk 'iyak' di fasir berdengung.
So..kalau kucen jiran anda menjadikan laman anda tandas awamnya.. dapatkan serbuk kunyit di kedai runcit Thinugaran! :p
No comments:
Post a Comment