WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Thursday, 20 September 2012

Muhammad Itu Pesuruh Allah

Assalammualaikum warah matullahi wabarakatuh

Kelmarin, rakan sekerja saya seorang penganut Kristian Katolik, seorang guru Bahasa Inggeris, meluahkan rasa marah terhadap filem bajet murah arahan Nakoula Basseley Nakoula. Katanya pengarah filem itu pendek akal. Cuba membuat parody seperti 'Scary Movie' tapi tak ada otak.

Itu amarah daripada rakan saya yang bukan beragama Islam. Marah yang masih dikategorikan suam-suam kuku. Saya belum lagi menonton trailer filem tersebut ketika itu.

Saya bukanlah seorang ustazah atau tinggi ilmu agama tetapi post saya kali ini dibelenggu dengan rasa marah, kecewa dan sedih dengan permainan filem ‘Innocence Of Muslims’. Sebelum saya menonton trailer ini saya berpendapat sabar.. kerana Nabi junjungan kita juga sabar ketika dilempari najis oleh kaum musyrikin Quraisy ketika dahulu. Saya berfikir keganasan bukanlah jawapannya.

Hari ini ada trailer filem tersebut terbabas ke dalam YouTube walaupun diharamkan di Malaysia. Saya menonton kerana ingin tahu kebenaran kejijikan filem ini. Saya masih bersabar ketika menonton adegan si doktor mempermainkan Islam sebagai terrorist dan seks. Namun apabila datang adegan mempersendakan kekasih Allah itu, saya terus menitis air mata dan tidak sanggup menonton baginda Rasulullah dipersendakan sejijik itu. Sekalipun puak yang terlibat menghasilkan filem itu tidak mempercayai agama Islam, di mana etika dan moral mereka mempermainkan junjungan besar itu?
Ketika Mel Gibson menghasilkan The Passion Of Christ tahu pulak pihak Yahudi membantah dan memohon Gibson memohon kemaafan kerana menggambarkan Yahudi yang membunuh Jesus.
Apa yang saya rasa, sedih, jijik dan amarah kerana kekasih Allah dihina setahap itu. Saya tidak hairan jika ayah-ayah, abang-abang dan adik-adik lelaki saya membuat rusuhan di Indonesia mahupun Libya. Baru saya faham mengapa saudara seIslam saya di sana begitu mengamuk. Mereka tidak tahu bagaimana sayangnya umat Islam kepada Nabi Muhammad S.A.W. Bagi mereka itu hanya gurauan atas nama seni. Gurauan yang diselit dengan propaganda. Memang kalau ikutkan amarah hati sangat terkutuk pembikin filem tersebut. Kurang ajar punya Nakoula. Sampai hati mereka mempersendakan Rasulullah S.A.W.
Saya bukanlah muslimah yang sempurna. Penuh cacat celanya. Banyak dosa yang dilakukan sehingga tak tersuci walaupun tujuh lautan. Namun ketika melihat trailer filem tersebut, saya rasa roh saya bagai terbakar. Beristighfar banyak kali melihat perkara jijik itu.
Nabi tidak pernah mencederakan kanak-kanak, wanita dan orang tua musyrikin ketika perang. Tidak pernah mengasari tahanan perang. Setiap kali berlaku peperangan kerana perjanjian dilanggar. Sehingga kini kita tahu siapa yang gemar melanggar perjanjian perang.
Mereka menganggap Nabi Muhammad kaki perempuan. Tapi terdetik di hati saya, kenapa mereka menganggap demikian? Kerana sebahagian besar umat Islam pada zaman ini menggunakan kuasa berkahwin empat untuk apa? Bukan seperti Rasulullah yang mengahwini janda-janda kematian suami untuk membimbing mereka. Bukan seperti Rasulullah yang melayan Siti Aishah seperti anak-anak ketika kecil. Bukan seperti Rasul yang hanya mencinta Siti Khadijah sampai mati. Walaupun Khadijah sudah lama pergi tetapi bibir Baginda masih memuji.. Khadijah begitu, Khadijah begini sehingga dicemburui isterinya yang lain.
Rasulullah sebenarnya penjaga maruah wanita. “ Ya Humairah (si pipi merah),” dipujuknya baginda kepada Siti Aishah yang merajuk. Bukannya menampar pipi. Hubungan suami isteri baginda diadakan dalam selimut. Itukah kaki perempuan?
Kesilapan umat Islam masa kini ialah hanya segelintir yang mengadakan dakwah secara harmonis melalui risalah dan tazkirah kepada rakan-rakan bukan seagama kita. Salah kita kerana kita tidak menunjuk contoh seorang mukmin dan mukminah seperti sahabat-sahabat Nabi kepada bukan Islam.. termasuklah diri saya juga..:(

"Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil".Surah Al-Mumtahanah (60) : ayat 8.

“Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu sebagai penegak keadilan kerana Allah, (ketika) menjadi saksi dengan adil, Dan janganlah kebencianmu terhadap suatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana (adil) itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sungguh, Allah Maha Teliti dengan apa yang kamu kerjakan”. Surah Al Maidah (5) : ayat 8.

Ya, kaum muslimin akan terus diduga. Sepertimana keluarga Yasir yang sabar diduga dan diseksa sehingga mati kerana terus menyebut ‘ Rabb kami adalah Allah’. Sepertimana Abu Jahal yang pernah mencaci dan mengeji Baginda ketika hidupnya, begitulah generasi Abu Jahal masa kini.

Istighfar..

No comments:

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D