WHO'S FOLLOWING THIS BLOG?

AMAN PALESTINE

AMAN PALESTINE

NOTHING LASTS!

NOTHING LASTS!

Saturday, 6 August 2011

Catatan 6 Ramadhan 1432 Hijrah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Alhamdulillah hari ini sudah sampai 6 Ramadhan.Sudah 6 hari kita menjalani ibadat puasa dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.Sama ada bertadarus Al-Quran,bertarawikh,bersedekah dan sebagainya.

Hari ini berpuasa di samping keluarga tersayang di Perlis.Berbuka puasa dengan mama dan adik-adik memang antara yang amat saya nantikan.Akhirnya berakhir dengan kekenyangan apabila makan nasi tomato dan asyik ‘melanggah’(minum banyak) air oren.Sakit perut dan senak sehinggakan tarawikh pun terpaksa dibuat di rumah.Saat ini,mama,papa dan Nanab sudah pun ke masjid.Rasa rugi juga kerana bila balik Ayer Tawar memang saya tak akan kesempatan ke masjid atau surau untuk jemaah Tarawikh.

Bersama keluarga memberikan saya sejuta pelbagai rasa berbanding seorang diri di Ayer Tawar.Suasana kekeluargaan memberi saya satu motivasi dan muhasabah saya sebagai seorang insan biasa.Seorang yang masih merangkak-rangkak dalam usaha mencari nikmat akhirat.

Selalunya saya akan mula merindui Ramadhan bila Syawal mula menjelang.Malam ini,saya sudah mula merindui 6 hari Ramadhan yang lepas.Saya tahu saya akan menyesal kerana tidak merebut peluang berjemaah Tarawikh malam ini.Peluang yang hanya ada setahun sekali.Masihkah saya berpeluang untuk bertemu Ramadhan pada tahun hadapan?

Demi Allah,saya ingin manfaatkan Ramadhan tahun ini dengan sebaik mungkin.Sebagai manusia biasa,ada kalanya saya tak lari daripada khilaf dan perbuatan yang sia-sia.Baru sahaja 6 hari,tapi apakah modul Ramadhan saya diisi dengan baik.Hanya Allah SWT satu-satunya Maha Mengetahui mampu mengukur tahap keimanan saya.Saya rasa malu kepada-Nya…

Ya Allah,saban saat saya terleka saya mohon doa dan petunjuk Allah SWT supaya kembali ke jalan-Nya.Jauhkan saya daripada dosa-dosa besar yang tak terbisa diampun jika ajal saya sudah tiba.Betapa dunia hanyalah keindahan sementara sedangkan akhirat kekal abadi.

Betapa hebatnya cabaran menuju proses penghijrahan.Jika mengumpat banyak yang akan ‘join the club’,bila berdiam kita akan dianggap ‘skema’ dan ‘sok suci’ bagai ‘perempuan lindungan Kaabah’ kata mereka.Samalah juga dengan diri ini bila menonton wayang,2 jam mampu bertahan tetapi jika bertarawikh secara berjemaah 90 minit pun terasa lambat.Begitulah juga perkara-perkara yang lain yang puncanya jangan disalahkan orang lain,jika iman kita cuma senipis tisu.

Semoga Ramadhan kali ini memberi sejuta cahaya hidayah buat saya,kawan-kawan,saudara-saudara dan hamba-hamba Allah sekalian di muka bumi ini.Beribadat seperti sesaat nanti kita akan mati dan bekerja memajukan diri dan masyarakat seperti dunia ini kekal abadi.

Maafkan saya jika ada perbuatan yang saya lakukan secara sedar atau tidak menyinggung perasaan sesiapa yang mengenali atau tidak mengenali saya.Maafkan saya..maafkan saya..maafkan saya buat kesekian kalinya.Saya doakan yang terbaik buat kalian.Moga kita sama-sama mampu melalui proses penambah baikan..penghijrahan secara berperingkat dengan lebih baik di bulan Ramadhan ini dan seterusnya pada bila-bila pun.InsyaAllah….

No comments:

AQSA SYARIF

AQSA SYARIF

TUAN TANAH

TUAN TANAH

MY BELOVED NIECES :D

MY BELOVED NIECES :D